Penerbitan dan keluaran Milestones to Malaysia

Milestones to Malaysia ialah salah satu daripada empat filem dokumentari mengenai Malaysia yang diterbitkan oleh Malayan Film Unit. Tiga lagi termasuk This Is Malaysia yang berkisarkan mengenai tanah dan rakyat Malaysia, Kelahiran Malaysia yang berkisarkan mengenai sambutan Hari Malaysia dan filem Introducing Malaysia yang merupakan filem pertama MFU yang diterbitkan dalam format warna.[4][3]

Filem ini diterbitkan dalam empat bahasa dan ditayangkan pada 13 September 1963, iaitu tiga hari sebelum pengisytiharaan penubuhan Malaysia.[5]